suria

Neymar Masih Ada Peluang

Neymar. Foto Reuters

PENGURUS Paris Saint-Germain, Unai Emery menolak laporan bahawa Neymar akan menjalani pembedahan di atas kecederaan kakinya.

Malah Emery menjelaskan bahawa pemain kelahiran Brazil itu boleh bermain menentang Real Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara minggu depan.

Neymar mengalami kecederaan kaki dan lutut selepas terseliuh dalam perlawanan Ligue 1 menewaskan Marseille dengan 3-0.

Media melaporkan pemain paling mahal di dunia itu bakal menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan, di mana hanya kembali beraksi sebulan sebelum Piala Dunia di Rusia tahun ini.

'Maklumat mengenai Neymar akan menjalani pembedahan adalah tidak benar," tegas Emery pada sidang media menjelang suku akhir Piala Perancis pada Rabu.

"Saya bercakap dengan doktor pada pagi Selasa dan dia menjelaskan kepada saya mengenai hasil pemeriksaan. Saya juga membincangkannya dengan (pengarah sukan PSG) Antero Henrique, presiden dan pemain.

"Neymar adalah yang pertama yang ingin bermain setiap perlawanan, untuk Real Madrid, dia sangat fokus. Saya rasa masih ada peluang untuk dia bersedia turun padang," ujar Emery. - Mail Online UK

Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain