suria

Conte Pilihan Utama Itali

Conte pernah membinbing skuad kebangsaan negaranya sebelum berpindah ke Stamford Bridge.

ITALI masih mencari pengurus baharu selepas Gian Piero Ventura dipecat November lalu.

Ventura dipecat selepas gagal membawa Itali ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

Namun pengurusan Azzurri sebenarnya sudah pun mempunyai calon utama mengisi kekosongan kerusi jurulatih, iaitu Antonio Conte.

Persatuan Bola Sepak Itali telah mengesahkan bahawa pengurus berusia 48 tahun itu adalah sasaran No.1 mereka kerana masa depan Conte di Chelsea kelihatan tidak menentu.

"Kami belum pilih sesiapa lagi, tetapi Conte adalah orang yang paling sesuai untuk melakukan terbaik bagi pasukan ini," jelas pegawai persatuan, Alessandro Costacurta kepada Gazzetta dello Sport.

"Sudah tentu saya akan berbincang dengannya beberapa dua bulan lagi.

"Conte pernah menguruskan skuad Itali selama dua tahun sebelum berpindah ke Chelsea dan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Selain Conte, turut menjadi calon untuk memegang skuad Itali adalah Roberto Mancini, Carlo Ancelotti dan Claudio Ranieri.

"Conte telah membuktikan bagaimana untuk menjadi jurulatih negara, manakala yang lain belum lagi," tambah Costacurta.

Itali, Antonio Conte, Chelsea

Artikel Lain