suria

Kontrak Lumayan Foden Menjelang Umur 18 Tahun

Foden (kanak) merai kemenangan Piala Caraboa menumpaskan Arsenal Ahad lalu.

PHIL Foden bakal diberi tawaran kontrak lima tahun oleh Manchester City sebaik sahaja umurnya mencecah 18 tahun.

Foden merupakan salah seorang bintang muda Liga Perdana Inggeris yang juga kunci utama skuad England Bawah 17 Tahun Piala Dunia Oktober ini.

Malah dia juga berjaya menarik perhatian Pep Guardiola untuk berada dalam barisan utama City.

Pemain tengah berusia 17 tahun itu merakam enam kali penampilan dalam suad senior City, juga sebagai pemain gantian pada aksi Piala Carabao Ahad lalu sebelum menang ke atas Arsenal.

Difahamkan, kontrak semasa Foden sehingga tahun 2020 bernilai 20,000 pound seminggu termasuk bonus, namun dijangkakan akan mendapat gaji berganda di bawah syarat-syarat kontrak baharu nanti.

City dilihat memang berminta untuk mengikat pemain kelahiran Scotland ini apabila menunjukkan prospek besar masa depannya dalam bola sepak Inggeris.

Phil Foden, manchester City, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain