suria

Casillas Akui Mungkin Aksi Terakhir Liga Juara-Juara

IKER Casillas mendapat tepukan gemuruh di Stadium Anfield sebaik sahaja tamat perlawanan Liverpool menentang Porto.

Casillas menganggap aksinya di Anfield ini adalah yang terakhir bagi saingan Liga Juara-Juara memandangkan kontraknya bersama Porto akan berakhir hujung musim ini.

Menurut Casillas,36, Anfield adalah venue tepat untuk mengakhiri aksinya dalam saingan Liga Juara-Juara mengambil kira situasi dalam stadium yang sangat meriah.

Dia memuat naik gambarnya bersama pengurus Liverpool, Jurgen Klopp  dengan kapsyen: "Respect Champion League. Never walk alone.'

Cassilas bersama dengan Klopp sebaik sahaja tamat perlawanan Liverpool menetang Porto.

Dalam pada itu, Casillas yang pernah merangkul tiga trofi Liga Juara-Juara sepanjang kariernya memberitahu, penampilannya ini mungkin yang terakhir.

"Jika ini adalah sambutan terakhir saya dalam Liga Juara-Juara, ia bukanlah malam yang teruk. Stadium yang menakjubkan, dan rekod bersih...tetapi tidak ada siapa tahu apa yang akan berlaku di masa depan.

"Objektif saya untuk menjuarai liga bersama Porto kerana pemain-pemain sememangnya layak menjulangnya. Kita akan lihat apa yang berlaku penghujung musim ini.

"Jika imbas kembali, saya berasa bangga dengan kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong.

"Sudah banyak kali beraksi dalam Liga Juara-Juara dan sangat istimewa berada di stadium ini, dengan sambutan yang meriah."

Porto terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara selepas tewas 5-0 pada aksi pertama bertemu Liverpool dan seri pada saingan timbal balik di Anfield ini.

Sebagai rekod, Porto kini menguasai kedudukan teratas Liga Primeira dengan 67 mata daripada 25 perlawanan.


Iker Casillas, Porto

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain