PEP Guardiola mendedahkan aksi Manchester City yang terburuk selepas tewas kepada Basel dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis. Kekalahan 2-1 itu sekaligus menyaksikan skuad City memadam rekod bersih tanpa tewas di laman sendiri dalam tempoh 15 bulan. Guardiola melakukan enam pertukaran pemain dan kecewa dengan skuadnya yang tindakan pantas. Pun begitu, City layak ke suku akhir selepas mencatat keputusan agregat 5-2 berdasarkan perlawanan pertama sebelum ini. "Bermula esok kami akan gembira kerana berada di suku akhir buat kali kedua untuk pasukan ini. "Kami kini dalam posisi yang baharu, dan sudah tentu semua gembira. "Babak pertama agak baik tetapi separuh masa kedua kami terlupa untuk menyerang. Kami hanya membuat hantaran bola. "Menghantar bola bermakna membuatkan pihak lawan bergerak dan serang. Hantaran untuk sendiri tidak bermakna apa-apa. "Babak kedua sangat teruk. Kami hanya bermain sendiri dan ianya bukan bola sepak," jelas Gurdiola. Dalam pada itu, satu lagi aksi pusingan ini menyaksikan Tottenham Hotspur tewas 2-1 kepada Juventus dan terkeluar daripada saingan musim ini.