suria

Pemain Kedah Buat Andik Vermansyah Kagum

Andik Vermansyah.

PEMAIN import Kedah Indonesia mengakui kagum dengan semangat juang pemain skuad hijau kuning ketika berdepa setiap lawan mereka.

Andik Vermansyah berkata, sejak perlawanan pertama bergelar pemain Kedah, dia dapat melihat sikap rakan sepasukannya yang sentiasa berusaha sepanjang permainan.

"Saya sebenarnya kagum dengan semangat juang pemain Kedah dalam setiap perlawanan kerana mereka sentiasa mahukan kemenangan dan itu menjadi perjuangan di atas padang.

"Mereka juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan kemenangan sehingga ke minit-minit akhir permainan dan sebab itu jugalah Kedah berjaya.

"Saya gembira dapat bersama mereka kerana Kedah bukan sahaja dibarisi pemain tempatan dan import terbaik, malah turut mempunyai rangkaian pemain muda yang hebat.

"Saya yakin Kedah dapat membawa pulang tiga mata apabila berdepan Kuala Lumpur di Cheras dalam saingan Liga Super pada Sabtu," katanya kepada mStar Online.

Andik sebelum ini pernah mewakili Selangor dan berdepan asakan pemain Kedah ketika perlawanan liga dan final Piala Malaysia.

Pemain yang licik dan pantas di atas padang ini merupakan import bagi kuota Asean dan pemain kebangsaan Indonesia.

Andik memberitahu, dia juga telah mendapat banyak ilmu sejak berada di bawah kendalian Ramon Marcote.

"Saya juga kagum dengan kaedah Marcote dalam memberi latihan asas kepada saya dan pemain lain. Dia mempunyai kelebihan yang tidak ada pada jurulatih lain.

"Untuk perlawanan kali ini, saya berharap penyokong setia Kedah akan terus memberi sokongan mereka kepada pemain di atas padang untuk melakar kemenangan," ujarnya.

Andik Vermansyah

Artikel Lain