JOSE Mourinho percaya Liverpool mempunyai kelemahan yang boleh diambil kesempatan oleh Manchester United pada perlawanan yang berlangsung Sabtu, namun mengakui pasukannya juga mempunyai beberapa kelemahan. Skuad Liverpool bergerak ke Old Trafford pada Sabtu untuk menundukkan United yang berada enam mata di depan mereka, dalam misi mengejar kedudukan kedua di belakang juara pilihan, Manchester City. Mourinho dan Jurgen Klopp telah pun bertembung sebanyak tiga kali sejak jurulatih kelahiran Portugal itu mengambil alih Old Trafford, ketiga-tiga perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri. Liverpool menduduki carta kedua serangan terbaik liga dengan skor sebanyak 67 gol, 11 jaringan lebih banyak berbanding United yang hanya meraih 56 gol. United pula mengungguli kedudukan kedua pertahanan terbaik liga dengan menyelamatkan 22 gol iaitu kurang 10 daripada Liverpool (32 gol). "Mereka sebuah pasukan yang sangat bagus, tetapi ada beberapa kekurangan. "Kekurangan bukanlah perkataan yang keterlaluan kerana saya juga menggunakan perkataan itu terhadap pasukan sendiri. "Mereka bukan pasukan yang sempurna. Saya fikir mereka pasukan yang amat bagus dan sebab itulah mereka berada dalam Liga Perdana," kata Mourinho. - Skysports