MARCUS Rashford menjaringkan gol berganda sekali gus menewaskan Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan 2-1. Keputusan dalam permainan di di Old Trafford itu mengukuhkan kedudukan pasukan pimpinan Jose Mourinho di tangga kedua liga. Penyerang berusia 20 tahun itu menyertai perlawanan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama pada 2018. Beliau mengakhiri kemarau 10 perlawanan tanpa gol seawal 14 minit. Gol kedua Rashford dicatatkan hanya berselang 10 minit selepas jaringan pertama. Sementara itu, Liverpool hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi aksi Eric Bailly pada minit ke-66. Menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris ketika ini, Manchester United memperoleh 65 mata, berada di belakang Manchester City dengan 78 mata.