KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan senarai 26 pemain untuk ke kem latihan pusat kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula dari 18 hingga 28 Mac ini.
Kem latihan pusat itu akan dikendalikan penolong jurulatih, Khan Hung Meng dan jurulatih penjaga gol, Yong Wai Hwang sementara menunggu Kim Swee dan penolong jurulatih, Brad Maloney pulang daripada program kejurulatihan selama sebulan di Madrid, Sepanyol.
“Satu perlawanan persahabatan telah diatur bagi kem latihan pusat kali ini iaitu bertemu pasukan Piala FAM, PJ Rangers di Padang Wisma FAM pada 27 Mac ini sebelum semua pemain dilepaskan pulang ke pasukan masing-masing keesokan harinya,” kata kenyataan daripada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).
Senarai 26 pemain mengikut nama, umur, posisi dan pasukan:
1. Hafiy Haikal Ismail, 20, DF, Liga Premier JDT II
2. Najmuddin Samat, 20, FW, Liga Premier JDT II
3. Ghaffar Abdul Rahman, 20, DF, Piala Presiden JDT III
4. Hamka Daud, 20, GK, Piala Presiden N.Sembilan
5. G. Durrkeswaran, 21, MF, Piala Presiden N.Sembilan
6. Asmaie Alias, 19, FW, Piala Presiden N.Sembilan
7. Safiee Ahmad, 21, MF, Liga Premier PDRM
8. Asharul Norasrizam, 18, MF, Piala Presiden PDRM
9. Ku Nazran Ku Fairus, 20, MF, Piala Presiden PDRM
10. Aqil Irfanuddin Sabri, 21, DF, Piala Presiden TFC III
11. Zulkhairi Mohd, 20, MF, Piala Presiden TFC III
12. Izzan Syahmi Mustapa, 21, FW, Piala Presiden TFC III
13. Azri Abdul Ghani, 19, GK, Piala Presiden Felda Utd
14. Zahril Azri Zabri, 19, MF, Piala Presiden Felda Utd
15. Loqman Hakim Marzuki, 20, DF, Piala Presiden Kedah
16. Fadzrul Danel Nizam, 20, MF, Piala Presiden Kedah
17. Fikri Che Soh, 20, GK, Piala Presiden Kelantan
18. Nik Azli Nik Alias, 21, FW, Piala Presiden Kelantan
19. Amirul Haziq Rasmizal, 20, DF, Liga Super Selangor
20. Asraff Hayqal Zainal, 21, DF, Piala Presiden Selangor
21. Khatul Anuar Md Jalil, 21, GK, Liga Super Kuala Lumpur
22. Faisal Abdul Halim, 20, MF, Liga Super Pahang
23. Syafiq Rizuan, 21, FW, Piala Presiden P. Pinang
24. Evan Wensley Wenceslaus, 20, DF, Liga Premier Sabah
25. Rivaldo Adrill Wilson Rentap, 20, DF, Piala Presiden Sarawak
26. Al-imran Abdul Halim, 19, DF, Liga Premier Uitm FC