suria

GP Olahraga Para Dunia: Ziyad Sukar Digugat, Raih Emas

KUALA LUMPUR: Jaguh dunia, Muhamad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas acara lontar peluru T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Antarabangsa Fazza ke-10 - Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Menurut unit perhubungan media Institut Sukan Negara (ISN), Muhamad  Ziyad ternyata sukar digugat menerusi lontaran cemerlangnya sejauh 16.42 meter pada balingan kelima di kejohanan itu.

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2017 itu menewaskan Dimitrios Senikidis dari Greece di tempat kedua dengan catatan 15.27m untuk pingat perak, manakala Vladimir Butucea dari Moldova meraih gangsa dengan lontaran 10.78m.-Bernama 

Muhamad Ziyad Zolkefli

Artikel Lain