WALAUPUN baru berusia 46 tahun, namun pengurus baharu Reading, Paul Clement mempunyai banyak pengalaman berbanding tempoh kerjayanya. Maka sebab itulah beliau kembali dari Los Angeles untuk menerima tugas untuk memimpin Reading dengan baki lapan perlawanan dalam Kejuaraan. Kemampuan kelab itu di tahap rendah apabila hanya memperoleh satu kemenangan dalam 18 perlawanan liga. Pemilik Reading dari China mengharapkan Clement untuk mempersiapkan pasukan itu dalam tempoh tiga tahun meskipun dalam kedudukan lemah mereka ketika ini. Bagaimanapun, selepas tiga bulan 'berehat' berikutan pemecatan sebagai pengurus Swansea pada Disember lalu ekoran prestasi hambar pasukan itu, Clement sedia memikul tanggungjawab di Reading. "Sudah tiba masanya saya kembali," kata Clement sambil tersenyum. "Tiga bulan 'berehat' merupakan tiga bulan yang sangat panjang buat saya," tambahnya. - Mail Online UK