suria

Anak Perempuan Mourinho Muat Naik Gambar Lama Bapa Ajar Terjun Kolam

ANAK perempuan pengurus Manchester United, Jose Mourinho memuat naik gambar kenangan lama dia dan bapanya itu menikmati masa riadah bersama-sama.

Gadis berusia 21 tahun itu memuat naik sekeping gambar yang diambil pada 2004 yang menunjukkan bapanya sedang mengajar Matilde cara untuk terjun masuk ke sebuah kolam renang di samping adik lelakinya, Jose Jr.

Bos United itu turut memberikan reaksi terhadap gambar tersebut dengan meninggalkan komen berbentuk hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Perancis Ikut Mourinho Ketepikan Pogba

Ia bukan kali pertama mereka berdua berkongsi gambar bersama di laman sosial, mereka pernah memuat naik gambar pada sambutan ulang tahun Matilde ke-21 pada November tahun lalu.

Posting terkini itu dilihat sedikit sebanyak meredakan kekusutan Mourinho daripada situasi terkini United selepas pengurus tersebut dikatakan mempunyai isu dengan Paul Pogba dan Luke Shaw.

Disokong oleh kontrak baharu yang ditandatangani pada Januari, Mourinho yakin dia mempunyai sokongan penuh daripada naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward dan ahli lembaga kelab.

Mourinho mengalami situasi tegang dengan beberapa pemainnya sejak beberapa minggu lalu dan mengegaskan bahawa dia mahu pasukannya mempertahankan permainan dengan lebih baik. - Daily Mail

Matilde, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain