suria

Elak Salah 'Dicuri', Liverpool Tawar Kontrak Lumayan

MOHAMED Salah hanya mahu menumpukan kariernya hanya bersama Liverpool.

Pemain antarabangsa Mesir itu menjadi perhatian apabila melakar 36 gol sejak dalam semua kejohanan sejak berpindah dari Roma.

Dia dilaporkan menjadi tumpuan kelab Barcelona dan Real Madrid.

Selepas terlepas mendapatkan Kylian Mbappe dan Neymar musim lalu, Real terdesak untuk mengukuhkan ranking kelabnya dalam persaingan berebut gelaran La Liga.

Situasi itu membuatkan The Reds bimbang Salah akan mengikut jejak langkah Philippe Coutinho yang menyertai Barca Januari lalu yang menjadi pemain ketiga termahal dalam sejarah dengan 142 juta pound.

Bagaimana pun Salah dijangka akan kekal di Anfield apabila bakal menerima kontrak baharu yang lebih lumayan dengan gaji 200,000 pound seminggu, lapor Mirror.

Jika berjalan lancar, Salah bakal menjadi pemain paling mahal menerima gaji dalam sejarah kelab.

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain