JOSE Mourinho memberitahu dia mendapat sokongan penuh daripada ahli lembaga kelab. Pengurus Manchester United itu bermain tarik tali dengan dua bintang kelabnya, Paul Pogba dan Luke Shaw kerana baginya mereka tidak ada kuasa yang boleh membuatkan dia dipecat di Old Trafford. Dengan bukti kontrak baharu yang ditanda tangani pada Januari lalu, Mourinho menegaskan dia mendapat sokongan penuh daripada Naib Pengerusi Eksekutif Ed Woodward serta ahli lembaga kelab. Mourinho dikatakan menimbulkan 'perang' dengan beberapa pemainnya sejak beberapa minggu lalu. Dia mengetepikan pemain termahal 89 juta pound, Pogba dan mengeluarkan pertahanan England Shaw pada separuh masa perlawanan bertemu Brighton minggu lalu dengan penjelasan: "Saya mahu pertahanan yang lebih baik."