GARETH Bale dilarang meninggalkan Real Madrid. Kelab itu memberi amaran kepada pemain antarabangsa Wales itu supaya tidak bermimpi untuk berpindah ke kalab lain musim depan kecuali harga bayaran tidak kurang daripada 88 juta pound (RM162 juta). Penyerang itu berpindah ke Madrid pada tahun 2013 dengan kontrak sehingga 2022. Dilaporkan Real bercadang untuk menjual Bale bagi mengumpul sumber kewangan untuk perbelanjaan menjelang musim depan. Bale dilihat sukar mendapat tempat dalam barisan depan skuad selepas mengalami kecederaan namun berjaya meledak 12 gol dalam 29 perlawanan musim ini. Mengikut laporan AS, tempoh Bale berada di Sepanyol semakin singkat namun Madrid tidak akan melepaskannya dengan harga yang murah selepas membayar pemain itu sejak lima tahun lalu. Dalam pada itu, Manchester United dilapor berminat membawa balik pemain ini ke Liga Perdana Inggeris bersama Spurs musim 2007-2013.