suria

Dr Freddie Dedah Punca Ibrahimovic Tinggalkan United

DOKTOR Zlatan Ibrahimovic mendedahkan punca pemain itu meninggalkan Manchester United.

Dr Freddie Fu Ho-Kueng memberitahu, Ibrahimovic meninggalkan United bukan kerana kecederaan sebaliknya kegagalan kelab itu dalam saingan Liga Juara-Juara.

Penyerang kelahiran Sweden itu berdepan dengan masalah kecederaan ligamen ketika penghujung kempen 2016-17 yang memaksa dia menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Pittsburg.

Selepas itu dia kembali ke Old Trafford pada November setelah kontraknya disambung.

Ibra hanya melakukan penampilan sebanyak lima kali dalam Liga Perdana yang menyaksikan dia terpaksa berusaha keras dalam skuad.Bagaimana pun minggu lalu, dia membuat keputusan untuk menyertai MLS dengan menyarung jersi LA Galaxy.

"Hubungannya dengan jurulatih (Jose Mourinho) sangat baik. Dia sayangkan Manchester United, dan hero sebelum  mengalami kecederaan.

"Dia mengambil jalan 'menunggu' jika kelab dapat meraih banyak trofi, lebih-lebih lagi Liga Juara-Juara.

"Selepas United tewas kepada Sevilla, saya yakin keputusan ini (berpindah).

"United juga gagal merangkul trofi juara Liga Perdana. Mungkin mereka boleh menjuarai Piala FA. Bagus, tetapi tidak sebagus jika menjuara Liga Juara-Juara," ujarnya kepada South China Morning Post.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain