suria

Sukan Komanwel: Aznil hadiahkan emas kedua negara

GOLD COAST: Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin meraih pingat emas acara 62kg selepas membuat angkatan seberat 288kg di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Pingat emas kedua negara itu diperoleh selepas Muhamad Aznil melakukan angkatan seberat 126kg bagi acara snatch, manakala bagi acara clean  and  jerk, dia mengangkat bebanan 162kg.

Pingat perak diraih atlet Papua New Guinea, Morea Baru yang memberikan saingan sengit kepadanya.

Morea membuat angkatan keseluruhan 286kg, manakala pingat gangsa menjadi milik Talha Talib dari Pakistan dengan angkatan 283kg.- Bernama

Aznil, Sukan Komanwel, Emas

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain