suria

Guardiola main golf, enggan tonton aksi United

PEP Guardiola mendedahkan dia tidak akan menonton pertembungan membabitkan Manchester United dan West Brom malam Ahad, meskipun Manchester City dinobatkan sebagai juara sekiranya pasukan bimbingan Jose Mourinho itu tewas.

Sebaliknya, Guardiola menegaskan dia akan bermain golf.

City berjaya menundukkan Tottenham Hotspur 3-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris dalam aksi penuh mendebarkan di Wembley.

Dengan kemenangan itu City hanya perlu mengutip tiga lagi mata untuk menjulang trofi EPL musim ini.

Malah, mereka berpeluang meraih gelaran juara lebih awal sebelum beraksi semula minggu depan.

United akan melayan kunjungan West Brom di Old Trafford malam Ahad dan seandainya mereka tewas maka City akan dinobatkan selaku juara lebih awal.

"Saya tidak akan menonton perlawanan itu, saya ada perlawanan golf.

"Ya, saya ada perlawanan golf. Saya ada masa rehat tiga hari dan esok (hari ini) saya ada (perlawanan) golf," katanya.

Pep Guardiola, Manchester United

Artikel Sebelum

Hebat Chong Wei!

Artikel Berikut

Emas ketujuh buat negara!

Artikel Lain