GOLD COAST: Pasangan beregu wanita Malaysia Chow Mei Kuan-Vivian Hoo menang pingat emas acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel 2018 pada Ahad. Pada perlawanan akhir di Carrara Sports and Leisure Centre, di sini, Mei Kuan-Vivian mengalahkan pasangan England Lauren Smith-Sarah Walker dengan keputusan 21-12, 21-12. Kemenangan Mei Kuan-Vivian itu menyumbang pingat emas ketujuh kepada kontinjen Malaysia. Pingat emas ketujuh itu memenuhi sasaran yang ditetapkan Malaysia dan mengatasi pencapaian negara pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland. - BERNAMA