suria

Salah lebur rekod Drogba

MOHAMED Salah berjaya memintas rekod yang pernah dicipta bekas penyerang Chelsea Didier Drogba untuk merangkul gelaran penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak Liga Perdana Inggeris bagi kategori pemain Afrika.

Pemain kebangsaan Mesir itu meledak gol EPL ke-30nya musim ini ketika Liverpool mengatasi Bournemouth 3-0, malam Sabtu.

Malah pencapaian itu turut mencipta rekod baharu untuk Salah yang terus mendahului Harry Kane dalam usaha merebut anugerah Kasut Emas musim ini.

Pada musim 2009-2010, Drogba menjaringkan gol ke-29 dalam pentas EPL untuk Chelsea.

"Ia sesuatu yang normal apabila seorang pemain berada pada situasi mahukan kedudukan teratas dalam senarai penjaring terbanyak.

"Ia pencapaian luar biasa dan menakjubkan. Jumlah jaringan yang agak tinggi," katanya.

Mohamed Salah, EPL

Artikel Sebelum

Bibi Jawab Isu Gaji Lopes

Artikel Berikut

Artikel Lain