suria

Kane jadi bahan jenaka netizen

Foto dari AFP.

PENYERANG Tottenham, Harry Kane sekali lagi menjadi tumpuan pada perlawanan yang berlangsung malam Selasa, namun ia tidak cukup untuk mengelakkan pasukan tersebut mencatat keputusan seri 1-1 dengan Brighton.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah menjaringkan 37 gol dalam 43 kemunculan pada musim ini, tetapi dia menjadi bahan jenaka selepas menjaringkan gol kontroversi ketika menentang Stoke City.

Kane mendakwa gol kedua dalam kemenangan 2-1 ke atas Potters dan bertegas: "Saya bersumpah di atas nyawa anak perempuan saya yang saya sentuh bola itu, tapi tiada apa yang boleh saya lakukan," katanya kepada BBC Sport.

Sebagai buktinya, Kane terdesak untuk mendapatkan sebanyak gol yang boleh kerana ingin mengejar anugerah penjaring terbanyak pada musim ini dan jaringan ketika menentang Brighton dilihat mampu membuka peluang tersebut.

Bagaimanapun, dia yang kembali mempamerkan aksi cemerlang masih menjadi bahan jenaka penyokong bola sepak.

Pengguna Twitter, @zac_ae menulis: "Saya benar-benar berharap pemain pertahanan Brighton, Bruno membuat rayuan ke atas jaringan Harry Kane kepada Liga Perdana Inggeris. Bayangkan apa yang akan berlaku.

Seorang netizen, @elidynamo_00 pula menulis: "Dua gol dalam seminit untuk Kane!"

Manakala pengguna Twitter @cookpasstim pula berkata: "Harry Kane akan menuntut (gol) tersebut." - Caught Offside

Harry Kane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain