suria

Arsene Wenger tinggalkan Arsenal selepas 22 tahun

ARSENE Wenger membuat kejutan apabila membuat pengumuman akan meninggalkan Arsenal sebaik sahaja tamat musim ini.

Selepas 22 tahun membimbing The Gunners, pengendali kelahiran Perancis yang tiba dari Nagoya Grampus Eight pada tahun 1996 itu membuat kenyataan beremosi untuk penyokong-penyokong setia kelab.

Ia menyaksikan Wenger gagal membawa skuad menjujang trofi Liga Perdana sejak 2004.

Namun dia berjaya merangkul 10 trofi major sepanjang berada di London dan akan diingati sebagai salah seorang pengurus hebat selamanya.


"Selepas membuat penilaian teliti serta perbincangan dengan pihak kelab, saya rasakan sudah tima masa untuk meninggalkan kelab penghujung musim ini.

"Saya bersyukur kerana mendapat hak istimewa menguruskan kelab dengan pelbagai kenangan bertahun-tahun. Saya menguruskan kelab dengan penuh komintmen dan integriti.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf, pemain-pemain, pengarah dan semua penyokong yang menjadikan kelab ini intimewa.

"Saya berharap semua penyokong akan terus berada di belakang pasukan bagi mencapai kejayaan tertinggi.

"Untuk semua peminat Arsenal, jagalah nilai di kelab ini. Sayang dan sokongan saya selamanya," ujar Wenger di laman rasmi kelab.

Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Berikut

Artikel Lain