suria

Patrick Vieira pilihan Wenger

ARSENE Wenger berpendapat bekas pemain tengah Arsenal, Patrick Vieira mempunyai potensi untuk mengikut jejak langkahnya sebagai pengurus.

Vieira sebelum ini pernah memenangi tiga gelaran Liga Premier sewaktu bersama Wenger dan kini  bertindak sebagai pengurus New York City FC bagi musim ketiga.

Malah, dia turut bertanggungjawab dalam pembangunan pemain muda di Manchester City.

Sewaktu diajukan mengenai persoalan itu, Wenger berkata, Vieira sememangnya berpotensi untuk menggantikan kedudukannya suatu hari nanti.

"Saya mengikuti perkembangan kerjayanya sebagai pengurus. Saya rasa dia memang bagus.

"Tapi secara keseluruhan, Liga Premier ini istimewa sebab anda perlu masuk dan lihat betapa ramainya bekas pemain yang berpotensi, bijak dan berpengetahuan untuk melakukannya," ujar Wenger.

Dalam pada itu, mengenai isu penonton berdiri, Wenger berpendapat, Liga Premier perlu kurang konservatif dan berhenti menunggu orang lain untuk memimpin.

Awal bulan ini, Menteri Sukan Tracey Crouch menolak cadangan West Brom untuk memperkenalkan tempat duduk berdiri buat penonton di Smethwick End, The Hawthorns pada musim hadapan.

"Suasananya jauh lebih baik apabila orang boleh berdiri. Lebih dekat dengan pemain maka lebih banyak sokongan yang diberikan.

"Bayangkan jika orang berbaring di tempat tidur dan menonton perlawanan. Mereka mungkin terlelap, jadi lebih baik berdiri.

"Ia juga tradisi bola sepak Inggeris. Saya faham mengenai isu keselamatan. Tapi jika ia dilakukan dengan betul, saya sokong 100 peratus," kata Wenger.

Jelasnya lagi, dia dapat melihat bagaimana Liga Premier begitu konservatif dalam membuat keputusan.

Ujarnya, dia menyokong cadangan itu kerana kerajaan boleh sahaja memperketat peraturan bagi menjamin keselamatan penonton yang berdiri sewaktu perlawanan.-SkySports


Vieira, Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

"Tolong jangan pilih saya"

Artikel Berikut

Artikel Lain