SELEPAS kontraknya bersama Liverpool berakhir musim ini, khabar angin tentang masa depan pemain tengah kelab tersebut, Emre Can mula bertiup. Pemain kelahiran Jerman itu akan bebas dalam beberapa bulan lagi tanpa cadangan daripada kelab atau dirinya sendiri tentang pembaharuan kontrak sekaligus mengiyakan bahawa dia akan meninggalkan Anfield pada hujung musim ini. Penyokong Liverpool juga mula menyedari bahawa Can tidak disertakan dalam rangka promosi bagi pelancaran kit baharu kelab tersebut yang diperkenalkan pada Khamis. Kit tersebut hanya memaparkan Mohamed Salah, Sadio Mane, Adam Lallana dan Roberto Firmino, atau pun mungkin masih ada masa untuk Can muncul dengan kit ketiga selepas Liverpool mengeluarkan butiran lanjut tentang wajah baharu mereka untuk musim depan. Bagaimanapun, ketiadaan Can sukar diendahkan dan kebanyakan penyokong The Red mula mempercayai bahawa pemain berusia 24 tahun itu akan meninggalkan kelab pada musim ini. - Caught Offside Reds together. Introducing our new 2018/19 Home Kit. ?https://t.co/HQ4Syxw7Z4#ThisMeansMore pic.twitter.com/LT3FnRyNb6 — Liverpool FC (@LFC) April 19, 2018