MANCHESTER UNITED menuntut sehingga £140 juta (RM767 juta) untuk Paul Pogba sekiranya dia meninggalkan Old Trafford pada musim ini. Sportsmail mendedahkan pada minggu ini bahawa Jose Mourinho bersedia untuk menjual pemain itu selepas hubungannya dengan pemain tengah kelahiran Perancis itu berdepan masalah. Namun, hierarki kelab tersebut enggan membenarkan ia berlaku, dua tahun selepas membayar Juventus sebanyak £89 juta (RM487 juta) untuk menandatangani Pogba semula. ARTIKEL BERKAITAN: Mourinho bidas Scholes, pertahan Pogba Mereka berharap Pogba dan Mourinho dapat menyelesaikan isu antara mereka, namun mereka dikhabarkan tidak bertegur sapa dan Mourinho semakin kecewa dengan sikap pemain tersebut. Antara sebab lain yang membuatkan United keberatan untuk melepaskan Pogba adalah lima pemain lain yang dijangka akan meninggalkan kelab itu. Bagaimanapun, sekiranya Mourinho bertegas untuk menjual Pogba bagi merapatkan jurang dengan Manchester City, United mahu bayaran antara £120 juta ke £140 juta (RM657 juta ke RM767 juta) agar dapat meraih keuntungan daripada pelaburan mereka. Ini bermakna kelab yang mungkin mengikat Pogba pada musim akan datang adalah Paris Saint-Germain, Real Madrid, Barcelona, City dan Chelsea.Ejen Pogba, Mino Raiola dipercayai sudah pun menghubungi wakil kelab berkenaan dalam beberapa bulan ini. - Daily Mail