suria

Salah Pemain Terbaik PFA

BINTANG Liverpool Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA bagi musim 2017/2018 selepas menjaringkan 40 gol dalam semua perlawanan.

Salah, 25, menyertai Liverpool dari Roma pada musim panas lalu.

Walaupun mempamerkan aksi hambar ketika musimnya bersama Chelsea, pemain kebangsaan Mesir itu membuktikan dia masih lagi berbisa apabila memacu Liverpool mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Salah menjaringkan 31 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sembilan (Eropah) dan satu (Piala FA).

Pemain tersebut bukan salah sahaja muncul penjaring terbanyak Liverpool dalam satu musim, dia turut mencipta rekod apabila menjaringkan banyak gol pada musim pertama bersama The Red.

Pada majlis tersebut, Jurgen Klopp memberitahu Salah dalam satu pautan video "Sekarang ambil trofi anda dan pulang. Kita ada perlawanan pada Selasa."

"Ia satu penghormatan terbesar. Saya berusaha keras dan amat gembira memenangi trofi ini," kata Salah.

Salah menewaskan pemain Manchester City, Kevin De Bruyne untuk merangkul anugerah tersebut.

Dia juga pemain Liverpool pertama memenangi anugerah itu selepas Luis Suarez pada musim 2013/2014.

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain