suria

Sweden tanpa Ibrahimovic

ZLATAN Ibrahimovic tidak akan memperkuat Sweden pada aksi Piala Dunia, Jun ini.

Perkara itu disahkan Persekutuan Bola Sepak Sweden, malam Khamis.

Temasya kali ini dijangka menjadi penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan sebelum bersara dari perlawanan antarabanga tetapi sebaliknya berlaku.

"Saya bercakap dengan Zlatan pada Selasa. Dia tidak mengubah keputusannya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. Ia masih tidak," kata Ketua Persekutuan Bola Sepak Sweden, Lars Richt.

Dalam satu temubual bersama Eurosports awal bulan ini, Ibrahimovic memberi bayangan bahawa dia akan beraksi pada Piala Dunia.

Namun, pemain berusia 36 tahun itu menolak untuk memperkuat negara itu.

Awal minggu ini, jurulatih Sweden Janne Andersson menggesa Ibrahimovic supaya menghubunginya sekiranya mahu tersenarai dalam kesebelasan utama skuad itu.

"Jika anda mahu jadi sebahagian daripadanya, anda mesti hubungi saya. Semudah itu sahaja," katanya.

Zlatan dalam satu reaksi balas dalam bentuk video menunjukkan dia tidak menjawab panggilan Janne ketika sedang mandi di sebuah kolam renang pada Selasa lalu.

Zlatan Ibrahimovic, Sweden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain