MANCHESTER City tewas dalam perebutan pemain muda Brazil, Paulinho. Pemain yang digelar 'wunderkind' berusia 17 tahun dari Vasco da Gama itu menjadi rebutan tiga penjuru, Manchester City, Atletico Madrid dan Bayer Leverkusen. Paulinho yang melakukan penampilan pertama musim lalu itu dipilih Pemain Muda Terbaik Brasileiro Seria A awal bulan ini. Atletico Madrid telah menawarkan 12 juta pound, namun ditolak. Bagaimana pun Vasco da Gama kini bersetuju tawaran oleh Bayer Leverkusen untuk berpindah musim panas nanti dengan harga 17.5 juta pound. Paulinho bakal beraksi dalam Bundesliga Julai ini apabila genap umurnya 18 tahun telah mencatat 21 kap untuk pasukan Brazil bawah 17 Tahun. Dia boleh bermain sebagai penyerang atau pemain sayap dan menjadi pemain pertama yang lahir tahun 2000 menjaringkan gol dalam aksi Copa Libertadores.