PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah dipilih untuk merangkul gelaran Pemain Terbaik Bola Sepak England oleh Persatuan Penulis-Penulis Bola Sepak (FWA). Pemilihan tersebut sekaligus melengkapkan anugerah utama individu bola sepak England. Sebelum ini pemain antarabangsa Mesir berusia 25 tahun itu dipilih oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) selepas mempamerkan aksi luar biasa dengan 43 gol dalam semua perlawanan musim ini. Salah menjadi pemain pertama African yang memenangi anugerah FWA yang mula diperkenalkan sejak tahun 1984. Salah menewaskan pemain tengah Manchester United Kevin De Bruyne untuk meraih anugerah tersebut dengan mendapat 400 daripada semua ahli FWA. Manakala penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menduduki tempat ketiga. Salah yang membantu Liverpool berada di tempat ketiga liga turut mara ke aksi separuh akhir Liga Juara-Juara dalam tempoh 10 tahun.