JOSE Mourinho mendedahkan pemergian Michael Carrick adalah antara salah satu perkara yang sukar dihadapinya. Mourinho berkata, Manchester United akan kehilangan 'pemain besar' tetap tetap bersama 'lelaki dewasa' ketika memberi penghormatan kepada Carrick yang musim terakhir bersama kelab itu pada Majllis Tahunan Anugerah Pemain Manchester United. Pemain berusia 36 tahun itu akan menamatkan zaman kegemilangan di Old Trafford musim ini, namun dia bakal bersama Mourinho dalam barisan jurulatih. Ketika berucap, Mourinho turut menterahkan kit baharu jurulatih termasuk wisel serta ubat penahan sakit. "Saya perlu mengakui ini adalah salah satu perkara yang sukar untuk diterima sepanjang 18 tahun menjadi pengurus apabila seorang pemain besar tinggalkan kami -selalu rasa sedih. "Jadi kami ini kami cuba untuk tidak berada sedih. Pemain besar akan pergi tetapi lelaki dewasa akan tetap ada di sini," jelas Mourinho. Carrick telah melengkapkan 12 musim bersama United. "Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya cuba untuk tidak beremosi tetapi ia tetap berlaku. "Untuk penyokong, kini saya akan menjadi salah seorang daripada anda. Saya akan menyokong kelab ini sebagai tuan rumah atau ketika di tempat lawan. "Kami mempunyai semangat yang baik. Kita perlu kekalkan itu dan sentiasa bersama," ujar Carrick.