suria

Real Madrid mara ke final

REAL Madrid mara ke pentas final Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut selepas mengikat Bayern Munich 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu.

Anak buah Zinedine Zidane itu mara menerusi agregat 4-3.

Selepas meraih kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama di Munich, minggu lalu, Real begitupun dikejutkan dengan jaringan pembukaan Bayern menerusi pertahanan, Joshua Kimmich seawal minit ketiga perlawanan.

Begitupun, tuan rumah kembali mengikat kedudukan menerusi Karim Benzema pada minit ke-11.

Real kemudian mendahului permainan 2-1 hasil jaringan Benzema selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol Bayern, Sven Ulreich pada awal babak kedua.

Bayern kembali bangkit mengikat pasukan tuan rumah menerusi pemain pinjaman Real ke kelab Jerman itu, James Rodriguez apabila merembat masuk gol pada minit ke-63.

Meskipun aksi bertambah rancak dengan Bayern menguasai sebahagian besar perlawanan, tiada tambahan jaringan diledakkan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan ke atas Bayern menyaksikan Real menjadi pasukan pertama mara ke final buat musim ketiga berturut-turut selepas kali terakhir dilakukan oleh gergasi Itali, Juventus pada 1998.

Real akan bertemu sama ada kelab Inggeris, Liverpool atau kelab Itali, AS Roma di pentas final yang berlangsung di Kiev, Ukraine pada 26 Mei ini.

Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Lain