suria

Salah tersenarai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris

Salah tersenarai sebagai calon pemain terbaik Liga Perdana Inggeris. - Reuters

MOHAMED SALAH mungkin akan meraih anugerah hatrik individu selepas namanya disenarai pendek untuk Pemain Liga Perdana Inggeris Musim Ini di samping pemain pertahanan Burnley, James Tarkowski.

Salah telah pun memenangi Pemain Bola Sepak Terbaik dan Pemain Terbaik PFA selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Liverpool.

Dia menyumbat 43 gol dan membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Pemain kelahiran Mesir itu mengepikan pemain Manchester City, Kevin de Bruyne dalam kedua-dua anugerah tersebut dan pemain Belgium itu turut dilihat sebagai pencabar terdekatnya untuk anugerah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris.

Prestasi penjaga gol Manchester United, David de Gea; penyerang Tottenham, Harry Kane dan penyerang City, Raheem Sterling pada musim ini turut diiktiraf, namun Tarkowski merupakan 'wild card' yang disebut-sebut sebagai penerima anugerah itu.

Peminat boleh mengundi pemain kegemaran mereka dan keputusan undian akan diambil kira sebanyak 10 peratus daripada keputusan penuh.

Sebanyak 90 peratus markah lagi akan diadili oleh panel pakar termasuk Alan Shearer dan keputusan akan diumumkan pada 13 Mei.

Sementara itu, Pep Guardiola pula tercalon untuk kategori anugerah pengurus di sampih Jurgen Klopp (Liverpool), Roy Hodgson (Crystal Palace), Chris Hughton (Brighton), Sean Dyche (Burnley) dan Rafa Benitez (Newcastle). - Eurosport

Artikel Sebelum

Artikel Lain