PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger meluahkan rasa lega pada Ahad selepas tugasnya mengendalikan kelab itu akan berakhir dalam tempoh seminggu. Dia kini sudah membayangkan kehidupannya sebagai seorang peminat kepada kelab yang diuruskan selama 22 tahun itu. Wenger turut berasa gembira kerana selepas ini dia boleh menjerit kepada penggantinya semasa perlawanan berlangsung. Bercakap selepas kemenangan Arsenal 5-0 ke atas Burnley di Stadium Emirates sempena perlawanan terakhirnya dalam Liga Perdana Inggeris, Wenger bergurau tentang tekanan yang dihadapinya sepanjang berkhidmat dengan kelab terkemuka itu. Dia bercerita tentang segala kritikan yang diterima daripada peminat dan media tentang kemampuannya sebagai seorang pengurus. "Terima kasih kerana mempercayai saya untuk tempoh yang lama, saya tahu ini bukanlah mudah. "Tapi, saya juga seperti anda semua iaitu seorang penyokong Arsenal. "Saya ingin akhiri dengan ucapan yang ringkas - saya akan rindukan anda. Saya harap dapat berjumpa anda tidak lama lagi, selamat tinggal," katanya ke arah ribuan peminat kelab itu dan disambut dengan tepukan gemuruh. - Eurosport