SIR Alex Ferguson terpaksa segera menjalani pembedahan akibat darah beku yang dikesan pada otaknya baru-baru ini dan ternyata situasi cemas yang dilalui bekas pengendali Manchester United itu membuatkan ramai bintang sukan terkenal dari semasa ke semasa menyampaikan ucapan tanda prihatin mereka. Bintang sensasi Christiano Ronaldo yang yang pernah bekerja selama enam tahun bersama Ferguson di Old Trafford turut menyampaikan ucapannya menerusi laman Instagram. "Ingatan dan doa saya bersama kamu wahai sahabat. Semoga kuat, Boss!," tulisnya pada kapsyen foto yang menerima lebih enam juta tanda suka. Malahan, Wayne Rooney yang pernah bermain di bawah kendalian Ferguson selama sembilan tahun menulis ucapannya menerusi laman Twitter. "Semoga cepat sembuh Boss. Ingatan mengiringi semua ahli keluarga dalam tempoh sukar ini," tulisnya. Dia turut menyertakan tanda pagar #AlexFerguson menerusi tweet berkenaan. Sementara itu, pengurus Chelsea, Antonio Conte turut meluahkan rasa sedihnya mengenai perkembangan kesihatan Alex. "Reaksi saya setiap kali perkara seperti ini berlaku pastinya sangat sedih. "Memang sedih sebab saya mengenali dia dan isteri dan saya tahu dia seorang yang istimewa," ujar Conte kepada sewaktu ditemui pemberita. Ferguson, 76, masih lagi berada dalam keadaan serius selepas pembedahan pada Sabtu lalu di Sarford Royal Hospital. Menurut kenyataaan Manchester United, pembedahan berjalan lancar tetapi Ferguson masih berada dalam rawatan rapi. Untuk rekod, menguruskan United, Ferguson telah mengumpul 38 trofi juara sepanjang 26 tahun di Old Trafford termasuk 13 piala juara Liga Perdana dan gelaran Liga Juara-Juara. Dia bersara sebagai pengurus United pada 2013.-SkySports