suria

Nur Dhabitah tercorot di Kazan

Gambar dari Reuters.

KUALA LUMPUR: Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di tangga tercorot dalam acara final 3m papan anjal individu wanita pada pusingan akhir Siri Terjun Dunia FINA 2018 di Kazan, Rusia, Ahad.

Penerjun negara berusia 18 tahun itu menduduki tangga keenam selepas hanya mampu mengumpul 294.60 mata dalam lima terjunan pada saingan di Kazan Aquatics Palace.

Sebelum itu, Nur Dhabitah layak ke pusingan akhir dengan mengutip 320.10 mata untuk meraih tempat ketiga dalam saingan separuh akhir.

China menguasai acara tersebut dengan pingat emas dan perak masing-masing dirangkul oleh juara Sukan Olimpik 2016, Shi Tingmao (374.35 mata) dan Wang Han dengan 355.05 mata.

Gangsa dimenangi penerjun Kanada, Jennifer Abel, dengan mengumpul 338.55 mata. - Bernama

Nur Dhabitah

Artikel Berikut

Artikel Lain