NEIL Warnock merancang untuk mendapatkan lapan muka baharu bagi persiapan Cardiff kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan. Pengendali berusia 69 tahun itu mengesahkan tempat ke liga utama Ahad lalu. Dengan cabaran yang lebih sengit, Warnock mahu memastikan kelab itu benar-benar bersedia dengan empat hingga enam muka baharu. Sportsmail melaporkan Warnock memerlukan dua pemain pertahanan, tiga pemain tengah, dua penyerang dan seorang penjaga gol. Biarpun bajet masih belum diumumkan, pemilik kelab, jutawan dari Malaysia Tan Sri Vincent Tan dijangka akan membuat pelaburan lebih besar selepas belajar daripada pengalaman musim 2013-14. Ketika itu, Tan menghabiskan 36 juta pound kepada pemain. Ia termasuk 8 juta pound untuk mendapatkan penyerang Andreas Cornelius yang tidak langsung beraksi dan dijual kembali kepada FC Copenhagen dengan kerugian lima juta pound dalam tempoh enam bulan. Selepas itu Tan menggelar pengurus Malky Mackay sebagai 'bodoh' kerana terlebih membeli. Namun kini, Tan mahu menggunakan peluang yang lebih bijak dan menjadikan Burnley dan Leicester sebagai model rujukan. "Berbelanja dengan bijak. Kami mahu belajar daripada Leicester City dan Burnley dengan apa yang mereka buat. "Mungkin Crystal Palace dan lain-lain - mereka masih kekal dalam liga ."Mereka tidak beli pemain dengan harga yang tidak munasabah kerana ia mengusahakan pemilik. "Kami juga tidak akan berbelanja seperti lima atau enam pasukan teratas liga. Kami akan berbelanja secara munasabah dan berbaloi. "Harapnya kami akan dan menemui pemain seperti Jamie Vardy satu Riyad Mahrez," jelas Tan. Dalam masa sama Tan mengakui buat kali pertama menukar warna kelab biru kepada merah adalah satu kesilapan.