suria

Penyerang baharu Kedah ganti Pablo Pallares

Pablo Pallares

KEDAH hampir pasti menandatangani penyerang baharu bagi menggantikan Pablo Pallares selepas pemain Sepanyol berkenaan tidak lagi menjadi keutamaan bagi skuad hijau kuning.

Seperti khabar angin sebelum ini, Kedah dilapor bakal mendapatkan khidmat Paulo Rangel yang pernah menyertai Liga Malaysia sebelum ini.

Paulo Rangel bukanlah nama asing kerana sebelum ini dia pernah beraksi bersama Perak 2013 (sebagai pemain pinjaman dari Kelab Muangthong United), Selangor 2013 – 2014, Terengganu 2014–2015 manakala JDT dan JDT II pada 2016, sebelum kembali ke Thailand untuk menyertai Nakhon Ratchasima.

"Rangel dijangka tiba di Alor Setar selewat-lewatnya hujung minggu ini dan kemungkinan besar dia hanya mampu beraksi bersama pasukan Kedah pada perlawanan selepas 13 Mei ini bertemu Negeri Sembilan di Paroi," menurut sumber.

Seorang pegawai tertinggi KFA mendedahkan, Rangel telah ditemui oleh pegawai KFA di Thailand dan dia telah menyatakan persetujuan untuk mewakili Kedah.

"Apabila tiba di Alor Setar dia akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum didaftarkan sebagai pemain import Kedah yang baru menggantikan Pablo.

"Pablo bukanlah pemain yang tidak memiliki keupayaan tetapi dia tidak sesuai dengan corak pemain Kedah dan gagal memahami corak permainan rakan sepasukan lain. Ini telah memaksa kita untuk mendapatkan penggantinya secepat mungkin kerana jendela perpindahan telah dibuka.

"Kami yakin Rangel tidak akan menghadapi masalah untuk berganding dengan barisan pemain lain khususnya bersama Andik Vermansah yang menjadi rakan sepasukannya ketika beraksi bersama pasukan Selangor,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Sandro Da Silva menghadiahkan jaringan keduanya ketika bertemu Pahang baru-baru kepada penyokong setia jijau kuning.

"Saya amat menghargai dan kagum dengan semangat peminat setia pasukan yang sanggup berbelanja dan mengharungi perjalanan jauh semata-mata untuk membakar semangat barisan pemain.

"Kecederaan yang saya alami ketika bertemu Pahang bukanlah serius dan saya yakin mampu beraksi kembali ketika bertemu Negeri Sembilan dan saya tidak mahu mengecewakan peminat kita," jelasnya.

Paulo Rangel, Pablo Pallares

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain