suria

‘Liverpool boleh menang’

STEVEN Gerrard menegaskan bekas pasukannya, Liverpool berpeluang cerah untuk menewaskan Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara.

Liverpool akan bertemu juara bertahan Real di Kiev pada 26 Mei ini, pertembungan final pertama pada kejohanan itu mereka sejak 2007.

Anak buah Jurgen Klopp mengatasi Porto, Manchester City dan Roma di peringkat kalah mati selepas muncul pendahulu kumpulan dengan mencatat tiga kemenangan dan tiga seri.

Real Madrid juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menjinakkan Paris Saint-Germain (PSG), Juventus dan Bayern Munich dalam usaha mempertahankan trofi yang pernah dimenangi mereka.

Gerrard yang meninggalkan Anfield bagi menyertai Rangers berkata:"Saya fikir peluang mereka (Liverpool) lebih baik."

"Saya bukan kata berdasarkan prestasi semasa kita turun sebagai sebuah pasukan underdog. Namun saya fikir Jurgen Klopp dan anak buahnya mahu turun sebagai underdog kerana sedikit tertekan."

"Saya yakin berbekalkan prestasi dalam dua perlawanan terdahulu ketika menentang Roma terutama dengan Mohamed Salah, mereka boleh menyelesaikan aksi final itu dengan baik," katanya.

The Reds akan beraksi tanpa kelibat Alex Oxlade-Chamberlain dan Joe Gomez selepas kedua-duanya masih dibelenggu kecederaan.

Steven Gerrard, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain