suria

Neymar meluat dengan spekulasi perpindahan

Gambar dari AFP.

NEYMAR telah menghentam laporan berita yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke Manchester United.

Pemain itu mengakui dia berasa meluat dengan spekulasi mengenai masa depannya bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain kelahiran Brazil itu dilaporkan tidak gembira dengan kehidupannya di Perancis dan sedang mengintai peluang untuk meninggalkan kelab juara Ligue 1 itu pada musim panas ini.

Dijangkakan Real Madrid berminat untuk membawa Neymar ke Santiago Bernabeu.

Namun, terdapat juga laporan bahawa United bersedia untuk bersaing dengan Madrid untuk mendapatkan penyerang PSG itu.

United bersedia membayar gaji Neymar sebanyak £30 juta (RM162 juta) setahun seperti yang diperolehinya daripada PSG.

Neymar berada di Paris pada petang Ahad untuk menerima anugerah pemain terbaik Ligue 1, namun dia ditanya tentang masa depannya selepas acara tersebut tamat.

"Semua tingkap perpindahan memang begini, terdapat banyak perkara yang boleh berlaku. Saya tidak mahu bercakap tentang apa-apa.

"Semua orang tahu apa yang perlu saya lakukan ketika datang ke sini, matlamat saya sekarang adalah Piala Dunia, bukannya mengenai perpindahan.

"Ia menjadi semakin menjengkelkan," katanya kepada Fox Sports.

Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain