suria

Demi anak, Silva dedah 'hutang' seumur hidup dengan Guardiola

DAVID Silva mengakui dia 'berhutang' dengan Pep Guardiola seumur hidup.

Ini kerana, pengurus Manchester City itu memberi ruang kepada Silva untuk bersama anaknya, Mateo ketika tempoh kedua kempen Liga Perdana Inggeris.

Guardioala dan pemain-pemainnya meraikan kemenangan menjulang trofi liga dan Piala Carabao musim ini pada Isnin bersama 100,000 peminat menyambut kejayaan di sepanjang jalan.


Bagaimana pun sambutan itu tanpa kehadiran Silva. Pemain tengah itu yang menjadi sebahagian daripada kejayaan City musim ini berada di Sepanyol menjaga anaknya yang berusia enam bulan.

Silva dibenar berulang alik ke rumahnya untuk melawat Mateo yang lahir tidak cukup bulan pada Disember lalu.

"Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat bersama meraikan kejayaan hari ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, staf dan istimewa sekali kepada pengurus yang amat memahami situasi saya.

"Anda adalah manusia terbaik, saya berhutang selamanya, terima kasih banyak-banyak," ujarnya.


Silva juga turut meberi ucapan istimewa kepada Yaya Toure yang bakal mengakhiri kariernya bersama City musim ini.

"Saya ingin berkata sesuatu kepada anda, Yaya.

"Sebelum ini saya ada beritahu bahawa saya sangat berbangga kerana dapat bermain dengan anda, kawanku.

"Saya boleh beritahu kepada anak saya bahawa telah bermain dengan pemain terbaik Afrika. Selamat berjaya. Akhirnya ucapan untuk semua: Bergembiralah malam ini, anda layak!.

"Untuk rakan sepasukan, saya ingin mengucapkan selamat berjaya pada Piala Dunia, jumpa anda nanti dan rehatlah secukupnya - gembira dan jumpa lagi musim depan!."

David Silva, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tuchel pengurus baharu PSG

Artikel Lain