PARIS Saint-Germain (PSG) mengesahkan Thomas Tuchel sebagai ketua jurulatih baharu dengan kotrak dua tahun. Bekas Borussia Dortmund itu bakal diuji untuk membawa kejayaan kepada PSG di peringkat Eropah selepas kelab gagal dalam saingan Liga Juara-Juara sejak Qatar Sports Investment mengambil alih hak milik pada tahun 2011. "Ia satu kebanggaan serta bercita-cita apabila menyertai kelab terkemuka dunia, Paris Saint-Germain. "Saya bersedia untuk bekerjasama dengan semua pemain hebat, yang terbaik di planet ini," jelas Tuchel.