MAURICIO Pochettino terus komited untuk bersama Tottenham Hotspur untuk tempoh lima tahun akan datang. Pochettino setuju untuk menyambung kontrak baharu dengan tempoh lima tahun. Pengurus berusia 46 tahun itu menyertai Spurs pada tahun 2014 konsisten dalam kedudukan empat terbaik liga dan menamatkan saingan di tempat kedua pada musim 2016/17. Pochettino bakal bersama kelab sehingga 2023 bersama Jesus Perez, Miguel D'Agostino dan Toni Jimenez yang turut bersetuju menyambung kontrak mereka. "Saya berbesar hati untuk menyambung kontrak baharu dan bakal menjadi pengurus yang akan membawa pemain beraksi dalam stadium baharu kami nanti. "Ini adalah yang istimewa dan kami sentiasa cuba untuk menjadi lebih kreatif serta berkerjasam di atas dan di luar pada dan mengikut prinsipal kelab untuk lebih sukses," ujarnya. Kontrak baharu Pochettino itu dilapor bernilai 8.5 juta pound sekaligus menjadikan dia pengurus ketiga paling mahal dalam Liga Perdana di belakang Pep Guardiola dan Jose Mourinho.