MENJELANG aksi Piala Dunia 2018, kerajaan menyampaikan berita gembira apabila kejohanan itu akan disiarkan di saluran RTM1. Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. "Kabinet bersetuju dengan cadangan itu selepas ia dibincangkan dalam mesyuarat hari ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya. Tambahnya lagi, Kementerian Kewangan akan memperincikan kos penyiaran itu dalam sidang media pada Khamis.