SKUAD kebangsaan Perancis nampaknya sudah bersiap sedia untuk beraksi dalam Piala Dunia. Mereka nampaknya menikmati sesi fotografi mereka dalam persalinan sut. Bahang Piala Dunia semakin terasa apabila sebahagian pemain belum pernah membiasakan diri dengan temasya sukan berprestij dunia itu. Bagaimanapun, kesemua mereka kelihatan selesa dan segak bergaya untuk bergambar di pangkalan mereka di Clairefontaine. Beberapa pemain seperti Benjamin Mendy dan Thomas Lemar begitu teruja kerana mereka tidak sabar merasai pengalaman menyertai Piala Dunia yang pertama. Skuad kebangsaan Perancis. Foto Twitter TeamFrance Pasukan yang dianggotai 23 pemain itu diberi penghormatan untuk mengibarkan bendera Perancis di Rusia, masing-masing memakai sut reakaan Francesco Smalto. Menerusi gambar yang dimuat naik di halaman Twitter Persekutuan Bolasepak Perancis, ia menulis: "Gambar rasmi @equipedefrance untuk Piala Dunia 2018! #FiersdetreBleus '." Paul Pogba, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann, tiga pemain yang diharapkan sepenuhnya oleh jurulatih Didier Deschamps di Rusia. Malahan ketiga-tiga pemain handalan ini duduk di barisan hadapan semasa sesi fotografi. - Mail Online UK