suria

Budak perempuan 'kesat' air mata Salah

IA saat yang menyentuh perasaan apabila seorang kanak-kanak cuba menenangkan hati Mohamed Salah dengan mengesat air mata pemain Liverpool itu pada skrin televisyen.

Gambar adegan kanak-kanak perempuan itu dimuat naik di Twitter salah seorang penyokong Liverpool dengan kapsyen 'gambar terbaik yang menggambarkan perasaan kami.'

Salah sedang menjalani rawatan pemulihan bahunya di Sepanyol pada Ahad lalu.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp meluahkan rasa bimbang Salah akan terlepas aksi Piala Dunia yang akan bermula dalam tempoh dua minggu lagi.

Namun Salah menulis kata-kata positif di Twitternya pada Ahad.

"Ia malam yang amat sukar, tetapi saya seorang pejuang. Namun saya yakin akan berada di Rusia untuk membuatkan anda semua bangga.

"Cinta dan sokongan anda memberikan kekuatan yang saya perlukan," tulis pemain kebangsaan Mesir itu.

Terdahulu Salah tidak dapat beraksi sepenuhnya bersama Liverpool pada aksi final Liga Juara-Juara selepas dikasari pemain Real Madrid, Sergio Ramos.

Salah hanya sempat beraksi pada babak pertama sebelum keluar padang.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa keluar lebih awal sekali gus membantutkan peluang Liverpool untuk memenangi trofi berprestij dunia itu.

Pada aksi final di Kiev, Liverpool tewas 1-3 di tangan Real Madrid.

Mohamed Salah, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain