suria

Tiada kilauan pingat hari kedua Piala Dunia Fina

Ooi Tze Liang

KUALA LUMPUR: Tiada kilauan pingat pada hari kedua Piala Dunia FINA 2018 di Wuhan, China apabila gandingan penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman-Ooi Tze Liang menamatkan saingan di tempat ke-10 dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki hari ini.

Ahmad Amsyar-Tze Liang terpaksa berpuas hati dengan kutipan 379.41 mata selepas enam terjunan manakala acara itu dimenangi Cao Yuan-Xie Siyi dari China dengan catatan 448.74 mata menewaskan Chris Mears-Jack Laugher dari Britain dengan 440.64 mata di kedudukan kedua.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Jahir Ocampo Marroquin-Rommel Pacheco Marrufi dari Mexico dengan kutipan 435.72 mata, menurut laman web kejohanan www.fina.org.

Sementara itu, Pandelela Rinong Pamg mara ke separuh akhir acara 10m platform wanita selepas menduduki tempat ke-12 daripada 27 penerjun, dengan catatan 295.70 mata.Hanya 18 penerjun terbaik layak beraksi dalam pusingan seterusnya pada Rabu. -Bernama

Ooi Tze Liang, Amsyar, Fina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain