suria

PSG sanggup serah Verratti, wang demi Pogba

PSG dilaporkan sedia melepaskan seorang pemain tengahnya demi mendapatkan khidmat Paul Pogba.

Kelab gergasi Perancis itu dilaporkan telah menawarkan Marco Verratti termasuk wang tunai kepada Manchester United untuk memuktamadkan perpindahan Pogba, lapor The Sun.

PSG dikatakan akan menawarkan Verratti kontrak baharu tetapi sedia melepaskannya jika berpeluang membawa Pogba ke Paris.

Tiada petunjuk United sanggup melepaskan Pogba buat masa ini meskipun hubungannya dengan Jose Mourinho agak dingin.

PSG juga bersedia membelanjakan sebanyak 89 juta pound sterling terhadap bintang United itu.

Pogba bergelut dengan prestasi tidak menentu bersama United musim lalu dan sering dikaitkan bakal angkat kaki dari Old Trafford pada musim panas ini.

Ia sesuatu yang amat mengejutkan sekiranya United membenarkan Pogba ke PSG.

Mourinho membawa masuk Pogba dengan tujuan untuk memantapkan skuad kendaliannya tetapi pemain berusia 25 tahun itu gagal membuktikan kemampuannya di pentas Liga Perdana Inggeris.

Paul Pogba, PSG, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain