suria

Manchester United undang 'budak gua' ke Old Trafford

LONDON: Manchester United menjemput kesemua 12 pemain pasukan bola sepak Wild Boars termasuk jurulatih yang berjaya diselamatkan dari sebuah gua di utara Thailand untuk menyaksikan perlawanan di Old Trafford.

Pengumuman itu dibuat menerusi Facebook rasmi The Red Devils pada lewat malam Selasa.

"Manchester United bersyukur dan lega kesemua 12 pemain dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua di Thailand telah selamat.

"Kami mahu menjemput pasukan dari Wild Boars ke Old Trafford pada musim ini," menurut kenyataan MU.

Operasi menyelamat budak bola dan jurulatih mereka bermula pada Ahad lalu denga empat mangsa pertama berjaya dibawa keluar pada hari yang sama.

Pada Isnin, empat lagi mangsa dibawa keluar dengan selamat dan semalam operasi menyelamat di gua Tham Luang berakhir selepas baki lima mangsa berjaya diselamatkan.

Sebelum ini, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Gianni Infantino turut mengundang kesemua mereka ke Moscow bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Bagaimanapun, idea itu mendapat bantahan doktor kerana semua remaja terbabit perlu berada di hospital sekurang-kurangnya seminggu untuk memastikan mereka pulih sepenuhnya.

Wild Boars, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain