suria

Pemain CRFC uji kemampuan di Bangkok

PETALING JAYA: Permulaan yang baik buat Kelab Bolasepak Cheras Raptors (CRFC) yang baharu ditubuhkan Januari lalu apabila seorang pemainnya terpilih menyertai sesi percubaan melalui program Asia Football Showcase (AFS).

Pemain pertahanan kiri utama Cheras Raptors, Irfan Ghani berkelana selama seminggu di Bangkok bermula 24 Jun lalu bagi menunjukkan bakat dan kemahiran dalam mencuba nasib untuk mendapatkan kontrak pemain profesional di dalam mana-mana liga utama di Asia.

Irfan (kiri) bersama pemain dari Mexico.

Pengerusi CRFC, Ayani Ismail meberitahu, kelabnya ada bekerjasama dengan ejen bola sepak berdaftar.

"Ejen (Muhammad Luftie) bertanggungjawab dalam  mengenal pasti bakat-bakat yang ada teruama di kelab ini.

"Irfan adalah projek pertama kami dan akan terus mengetengahkan bakat-bakat muda untuk percubaan bukan sahaja di pasaran Malaysia malah juga di Asia," jelasnya kepada mStar Online.

AFS bukan sahaja disertai wakil dari Malaysia, malah beberapa pemain dari Liga Jepun, Korea, Thailnd, Indonesia, India dan beberapa negara Asia lain turut hadir.

Selain itu, CRFC kini berada di kedudukan kedua Liga Super Klang Valley (KV) dengan jumlah 24 mata setakat Selasa.

Perlawanan liga KV masih lagi berbaki dua aksi sebelum berakhir musim ini.

Untuk rekod, CRFC ditubuhkan pada 7 Januari 2018 oleh sekumpulan anak muda yang mahu membina sebuah pasukan bola sepak komuniti dari Cheras.

Sehingga kini terdapat 25 pemain berdaftar bersama tiga jurulatih berpengalaman.


CRFC, AFS

Artikel Lain