suria

Nama stesen ditukar kepada Gareth Southgate kerana jadi hero England

NAMA sebuah stesen kereta api bawah tanah di utara London ditukar kepada nama pengurus England Gareth Southgate yang dianggap sebagai wira pada Piala Dunia 2018.

Memetik laporan Evening Standard UK, Stesen Southgate akan bertukar kepada Stesen Gareth Southgate selama 48 jam bermula pagi Isnin, umum Transport for London (TfL).

Skuad pimpinannya meraih tempat keempat di Rusia dan ia menjadi keputusan tebaik England setelah tewas dalam perlawanan separuh akhir pada Piala Dunia 1990 di Itali.

Laluan stesen Piccadilly di Enfield yang terletak di utara London itu akan menukar paparan papan tanda kepada nama pengurus itu sehingga Selasa.

Pengarah urusan TfL London Mark Wild berkata: "Persembahan England pada musim panas ini membawa semua orang daripada segenap peringkat umur untuk bersatu meraikannya.

"Kami amat gembira untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada Gareth dan pasukan dengan menamakan stesen ini sebagai satu bentuk penghormatan.

"Ini adalah satu contoh bagaimana kami dan jenama boleh bekerjasama secara kreatif," ujarnya.

Gareth Southgate

Artikel Berikut

Artikel Lain